Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Jumaat, 5 Oktober 2012

Latihan 3 - Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum

Lemah dalam Bahasa Melayu?
Menghadapi kesukaran untuk menulis karangan?
Tidak tahu cara untuk menghuraikan isi karangan?
Tidak ada idea ketika menulis?

Jangan risau!
Karangan di bawah ini ditulis mengikut struktur khas yang boleh membimbing anda untuk menghasilkan sebuah karangan yang lebih mantap dan berstruktur. Berikanlah perhatian kepada perkataan yang telah digariskan.



Tajuk 3: Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum

 Dewasa ini, isu perpaduan kaum selalu dibincangkan. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama untuk mencari usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum. 

 Sesungguhnya, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah dengan mengadakan sambutan rumah terbuka. Hal ini demikian kerana sambutan ini dapat diraikan oleh semua kaum. Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina dan India boleh meraikannya bersama. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mewujudkan perpaduan kaum. Benarlah sambutan rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan kaum.

 Selain itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan sekolah untuk semua kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam satu sekolah yang sama. Contohnya, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh kerajaan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memperkukuh perpaduan antara kaum. Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat mengukuhkan perpaduan kaum. 

 Di samping itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana persefahaman penting untuk menjadi negara kita aman dan damai. Contohnya, setiap kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum. Betullah bahawa persefahaman rakyat berbilang kaum amat penting.

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu perpaduan kaum ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang bersatu padu di negara kita. Ingatlah peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh. 

(233 patah perkataan)

(Sumber: Modul Latihan Terancang Program Perhalus SPM 2012)