Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Sabtu, 15 Jun 2013

Praktis 14

Gariskan istilah yang tidak tepat dalam frasa dan ayat di bawah ini dan kemudian buatkan pembetulan.

Soalan:
  1. merasa buah-buahan
  2. banyak belanja untuk memperbaik
  3. Kereta yang dibawa
  4. diceritakan oleh akhbar
  5. Lori tersebut terkeluar di selekoh itu.
  6. telah hadir ke rumah orang kaya itu untuk mencuri 
  7. terpaksa bekerja kerana kesesakan wang
  8. anggota pengakap menjalani perkhemahan itu 
  9. polis akan berlaku tegas terhadap mereka
Jawapan:
  1. menikmati buah-buahan
  2. banyak kos untuk memperbaik
  3. Kereta yang dipandu
  4. dilaporkan/disiarkan oleh akhbar
  5. Lori tersebut terbabas di selekoh itu.
  6. telah menceroboh ke rumah orang kaya itu untuk mencuri
  7. terpaksa bekerja kerana kesempitan wang
  8. anggota pengakap mengikuti perkhemahan itu
  9. polis akan bertindak tegas terhadap mereka