Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Ahad, 16 Jun 2013

Praktis 21

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya. 

Soalan:
  1. Sekarang ini, masyarakat kita telah disedari betapa pentingnya intranet sebagai sumber pendidikan dalam kehidupan mereka. 
  2. Polis melapurkan bahawa jalan itu sudah boleh melalui kenderaan berat.
  3. Encik Adham menangkap belot di kawasan sawah padi punyaannya. 
Jawapan:
  1. Sekarang ini, masyarakat kita telah menyedari betapa pentingnya Internet sebagai sumber pendidikan dalam kehidupan mereka.
  2. Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat.
  3. Encik Adham menangkap belut di kawasan sawah padi kepunyaannya.