Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Selasa, 2 Jun 2015

Imbuhan beR-...-an

Perkataan seperti berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, iaitu perkataan yang diimbuhkan dengan apitan beR-...-an membawa maksud "perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak". Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan.

Contoh:

1a. Bendera-bendera Malaysia berkibaran di sepanjang jalan. (X)
1b. Bendera Malaysia berkibaran di sepanjang jalan. (√)

2a. Benih-benih bertaburan di tanah. (X)
2b. Benih bertaburan di tanah. (√)

3a. Burung-burung gagak berterbangan di angkasa. (X)
3b. Burung gagak berterbangan di angkasa. (√)

(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)