Blog ini memaparkan pelbagai bahan tentang Bahasa Melayu Peralihan, PT3, SPM dan STPM. Semoga bahan-bahan dalam blog ini dapat meningkatkan penguasaan anda terhadap Bahasa Melayu. Majukanlah bahasa untuk negara!
Statistik Pembaca
Mengenai Saya
Memaparkan catatan dengan label Karangan Umum (SPM). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan Umum (SPM). Papar semua catatan
Khamis, 31 Oktober 2013
Ahad, 13 Oktober 2013
Latihan 13 - Peranan ibu bapa dalam usaha mendidik anak-anak memanfaatkan Internet pada masa ini
Tajuk 12
Teknologi siber kini telah maju. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari Internet.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan Internet pada masa ini.
Isi 1:
Ibu bapa sendiri hendaklah memiliki pengetahuan dan ilmu yang mencukupi tentang teknologi maklumat
- untuk mengimbangi pengetahuan anak-anak yang begitu pantas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat
- dapat berkongsi pengetahuan dengan anak-anak dan menentukan aspek yang positif sahaja dimuat turun
Isi 2:
Melaksanakan peraturan dan tatacara yang tegas tentang penggunaan Internet kepada anak-anak
- ibu bapa tidak boleh menyerahkan kuasa secara bulat-bulat kepada anak-anak mereka untuk mengakses apa-apa sahaja
- memastikan anak-anak patuh dan faham tentang maksud penggunaan komputer untuk tujuan positif sahaja
Isi 3:
Ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan tingkah laku yang baik terhadap anak-anak
- tidak boleh secara terang-terangan atau berselindung melayari unsur-unsur pornografi dan jenayah
- tidak membeli atau menyimpan apa-apa perisian yang tidak bermoral
Isi 4:
Membawa anak-anak ke tempat-tempat pameran komputer dan ekspo pendidikan teknologi maklumat
- anak-anak memperoleh pendedahan yang lebih luas tentang teknologi komputer dan Internet
- dapat memilih perisian-perisian yang berguna untuk kegunaan anak-anak
Isi 5:
Mengehadkan dan memperuntukkan masa yang sewajarnya
- ada peruntukan masa yang anjal antara masa belajar, beribadah, berinteraksi dan mengakses Internet
- mengelak anak-anak terus menjadi mania (kemaruk) komputer
Sabtu, 28 September 2013
Latihan 12 - 1 Malaysia
Tajuk 12
Langkah/cara/strategi/kaedah untuk menjayakan Gagasan 1 Malaysia.
Konsep "1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", telah diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009. Pelbagai persepsi timbul daripada pengenalan konsep ini yang dikatakan menyamai konsep "Malaysian Malaysia" yang diperkenalkan oleh parti politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada ideologi politik yang diperjuangkan oleh individu yang bernaung di bawah pengaruh parti politik tempatan. Sesuatu yang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda ialah kaedah dan pelaksanaan yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan beliau dan sejauh manakah pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap konsep baharu ini. Oleh itu, definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan untuk membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja berpelembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar "Bangsa Malaysia" dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya, dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini boleh dilaksanakan di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.
Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini demikian kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukan Bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat diperkukuhkan.
Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar "Pecah dan Perintah" yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Meskipun sudah 52 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mampu dibangunkan oleh mereka. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberikan peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia.
Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara ini sememangnya berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan. Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar rasmi, iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Oleh itu, tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta.
Selain itu, aspek agama dan kepercayaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia. Hal ini demikian kerana agama dan kepercayaan merupakan pengaruh terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang dilakukan oleh aspek lain. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama sesebuah bangsa. Agama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakatnya. Oleh itu, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi yang semakin diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati. Langkah muhibah ini mampu memperjelaskan konsep 1 Malaysia secara rohaninya.
Kesimpulannya, gagasan 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang sebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang. Seruan pemimpin negara perlu disahut semua pihak dalam usaha menjayakannya. Perkongsian ideologi dalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara bersepadu bagi merealisasikan harapan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan negara secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu, semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus permodenan, pembangunan, persaingan, dan globalisasi dunia. Semoga gagasan ini akan mencapai matlamat dan hala tuju seperti yang telah ditetapkan.
Jumaat, 15 Mac 2013
Latihan 11 - Naratif
Tajuk 11
(Sumber: Cikgu TanCL)
"Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit".
Tulis sebuah cerita yang menarik berdasarkan peribahasa tersebut.
Tulis sebuah cerita yang menarik berdasarkan peribahasa tersebut.
Peribahasa Melayu memang indah dan istimewa. Peribahasa biasanya memainkan peranan sebagai pendorong dan penyedar kepada kita tentang hakikat yang berlaku di dunia ini. Peribahasa “seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit” membawa maksud kesalahan yang dilakukan oleh seorang menyebabkan seluruh kumpulan yang tidak terbabit dihukum atau dipersalahkan. Peribahasa ini dapat memberikan peringatan kepada anggota masyarakat tentang kepentingan berfikir secara mendalam sebelum membuat sesuatu yang akan menyusahkan orang lain. Oleh hal yang demikian, peribahasa ini mestilah dijadikan panduan dalam kehidupan kita.
Zhengyu merupakan seorang remaja yang nakal. Hal ini dikatakan demikian kerana dia tidak mendengar nasihat orang lain. Dia suka mengusik kawan-kawan di dalam kelas dan mengejek orang lain. Oleh sebab itu, dia tidak disukai oleh kawan-kawan sekelasnya. Walau bagaimanapun, Zhengyu merupakan seorang pelajar yang mahir dalam subjek Matematik. Hal ini menyebabkan kawan-kawan sekelasnya menjadikan Zhengyu sebagai rujukan mereka.
Pada suatu hari, Zhengyu membawa mercun ke sekolah. Dia meletakkan mercun itu ke dalam beg sekolahnya supaya tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Oleh sebab Tahun Baharu Cina semakin menjelang, Zhengyu ingin bermain mercun di dalam kelas. Dia tidak sedar bahawa perbuatannya amat berbahaya dan akan membawa kemudaratan dan masalah kepada rakan sekelasnya. Dia mula mengeluarkan mercun dan menyalanya.
“Pang! Pang! Pang!” Bunyi mercun yang meletup menyebabkan seluruh warga sekolah terpinga-pinga. Hal ini dikatakan demikian kerana ujian bulanan sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan guru disiplin dan tuan pengetua berasa amat marah. Selepas waktu rehat, tuan pengetua mengarahkan para pengawas membuat pemeriksaan secara mengecut ke setiap kelas untuk mencari mercun yang dibawa oleh pelajar yang nakal itu. Para pengawas pun bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
Sampai di kelas mereka, pengawas bertugas berjaya menemukan serpihan mercun yang dibuang ke dalam tong sampah. Selain itu, mereka juga berjaya menemukan beberapa papan mercun di dalam beg Zhengyu. Hal ini menyebabkan guru kelas 3 Doritis berasa amat malu atas perbuatan anak muridnya. Tuan pengetua pula memasuki kelas. Beliau menyalahkan ketua tingkatan kerana tidak melaporkan kejadian terbabit kepada pihak sekolah. Akibatnya, tuan pengetua menghukum semua murid yang belajar di dalam kelas 3 Doritis.
Perbuatan Zhengyu yang membawa mercun ke sekolah telah menyebabkan rakan sekelasnya menjadi mangsa hukuman pengetua sekolah. Hal ini disebabkan oleh rakan sekelasnya dituduh bersubahat dengan tindakan Zhengyu yang melanggar peraturan sekolah. Oleh sebab itu, semua murid 3 Doritis diwajibkan menulis ayat “Saya tidak akan melanggar peraturan sekolah lagi” sebanyak 1000 ayat. Selain itu, mereka juga diarahkan untuk menyapu seluruh kawasan sekolah.
Kesimpulannya, tindakan Zhengyu yang membuat kesalahan telah menyebabkan rakan-rakan sekelasnya menerima padah. Keadaan ini sama dengan maksud peribahasa “seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit”. Oleh hal yang demikian, kita haruslah mematuhi peraturan sekolah dan berfikir secara masak-masak sebelum membuat sesuatu tindakan yang akan menyebabkan rakan-rakan kita dihukum. Peribahasa ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai peringatan kepada para pelajar supaya mereka tidak melanggar peraturan sekolah sesuka hati.
Latihan 10 - Surat Rasmi
Tajuk 10
Sivaji Ram
22, Lorong Pahlawan 29,
Bandar Botanik,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________
Tuan Pengarah
Tuan,
Masalah Bekalan Air di Taman Perumahan
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Wakil Penduduk Bandar Botanik
(Sumber: Cikgu TanCL)
Di kawasan tempat tinggal anda, masalah bekalan air sering berlaku. Hal ini banyak menimbulkan masalah kepada penduduk. Sebagai wakil penduduk, anda ingin mengemukakan masalah ini kepada pihak berkuasa bekalan air.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
22, Lorong Pahlawan 29,
Bandar Botanik,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________
Tuan Pengarah
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
Menara SYABAS
Jalan Sultan Ibrahim,
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan. 10 SEPTEMBER 2011.
Tuan,
Masalah Bekalan Air di Taman Perumahan
Berdasarkan perkara di atas, saya Sivaji Ram selaku wakil penduduk menulis surat ini kepada pihak tuan. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyuarakan kesulitan akibat masalah bekalan air yang kami hadapi sejak 6 bulan yang lalu. Masalah yang belum diatasi ini membawa pelbagai kesulitan kepada kami.
2. Masalah bekalan air yang berlaku di kawasan perumahan kami telah membawa banyak kesulitan kepada penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air sering terputus tanpa diberikan sebarang notis daripada pihak SYABAS. Masalah ini menyebabkan kami tidak dapat menyimpan air yang secukupnya untuk menghadapi keputusan bekalan air yang berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh hal yang demikian, banyak aktiviti harian seperti mencuci pinggan mangkuk dan membersihkan diri tidak dapat dijalankan. Masalah ini memberikan ketidakselesaan kepada kami. Kami berharap agar notis atau surat pemberitahuan disampaikan kepada kami supaya kami dapat sediakan payung sebelum hujan.
3. Selain itu, kami turut menghadapi masalah bekalan air yang tidak mencukupi sehingga masalah tekanan air rendah berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana tangki air di taman perumahan kami tidak cukup untuk menampung bilangan penduduk yang bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Masalah ini menjadi lebih serius apabila bekalan air terputus. Apabila bekalan air pulih seperti biasa, tekanan air adalah rendah sehingga kami terpaksa membeli pam air untuk mempertingkatkan tekanan air di rumah kami. Oleh hal yang demikian, permohonan kami supaya tangki air tambahan dibina haruslah diberikan perhatian oleh pihak tuan.
4. Kami turut menghadapi masalah bekalan air yang kotor. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air paip yang kami peroleh terus daripada tangki berwarna kekuning-kuningan walaupun sudah melalui tapisan. Kami berasa bimbang bahawa hal ini akan menyebabkan kesihatan penduduk terganggu. Pada masa yang sama, beberapa kes bayi yang mengalami masalah cirit-birit telah berlaku akibat meminum air susu yang sumber airnya daripada air paip yang telah dididih. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, kami berharap agar rawatan bekalan air yang dilakukan oleh pihak tuan dapat menepati ciri-ciri keselamatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar kesihatan kami terjamin.
5. Di samping masalah di atas, kami juga sering menghadapi masalah kecurian bekalan air paip. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan perumahan kami masih baharu dan projek perumahan masih dijalankan oleh pemaju perumahan di kawasan tempat tinggal kami. Hal ini menyebabkan pekerja kontrak pembinaan rumah yang tinggal di kawasan perumahan kami mencuri bekalan air paip dengan membuat sambungan haram tanpa kebenaran pihak SYABAS. Kami berharap agar pihak tuan dapat menyiasat perkara ini supaya kami tidak akan terus mengalami masalah bekalan air. Siasatan yang terperinci perlu dilakukan oleh pihak tuan agar sikap pemaju perumahan yang bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ini dapat dikenal pasti dan diheret ke muka pengadilan.
6. Masalah seterusnya yang menghantui kami ialah bil bekalan air yang sangat membebankan. Hal ini dikatakan demikian kerana pegawai bertugas yang datang dari rumah ke rumah untuk mendapatkan bacaan meter air bersikap melepaskan batuk di tangga. Pegawai yang bertugas sering tidak mendapatkan bacaan sebenar dan juga sering membuat bacaan anggaran lalu mengenakan bil yang tidak tepat. Kami berharap agar masalah ini akan mendapat perhatian daripada pihak tuan. Bayangkanlah, sebuah rumah yang didiami oleh tiga orang penghuni terpaksa membayar bil air sebanyak RM180 sebulan ekoran daripada sikap pegawai bertugas yang bena tak bena.
Kami berharap semua rintihan dan keluhan hati kami di atas akan diperhatikan oleh pihak SYABAS. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas segala bantuan dan perkhidmatan yang kami terima setakat ini. Selain itu, kami berharap agar masalah bekalan air di kawasan tempat tinggal kami dapat diselesaikan secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
_____________
(SIVAJI RAM)Wakil Penduduk Bandar Botanik
(Sumber: Cikgu TanCL)
Khamis, 14 Mac 2013
Latihan 9 - Ceramah
Tajuk 9
Sekolah anda akan menganjurkan kempen masyarakat penyayang. Sempena kempen tersebut, anda sebagai wakil pelajar diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang cara-cara menghargai orang tua.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Alam Impian, yang dihormati guru-guru dan ibu bapa yang hadir, serta rakan seperjuangan yang saya kasihi. Kempen masyarakat penyayang merupakan inisiatif pihak sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan yang mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni di seluruh negara setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen ini bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang budi bahasa budaya kita, tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam sanubari kita. Oleh hal yang demikian, kita haruslah memiliki budi pekerti yang mulia dan mengamalkan nilai murni sepanjang kehidupan kita. Tanpa membuang masa, saya akan menyampaikan ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua.
Hadirin yang saya hormati,
Setiap manusia yang lahir di bumi ini akan melalui proses lahir, tua, sakit dan mati mengikut peribahasa Cina yang popular. Hal ini membuktikan bahawa jika nyawa kita dipanjangkan Tuhan, kita akan melalui kehidupan sebagai warga tua selepas berusia lebih 55 tahun. Di Malaysia, golongan warga tua ini mencatatkan 20 peratus daripada bancian penduduk kita. Pada kebiasaannya, golongan ini tidak bekerja lagi dan tinggal di rumah untuk menunggu ketibaan ajal. Walau bagaimanapun, tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang selesa pada zaman pascakemerdekaan ini. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. Oleh hal yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka harus kita hargai.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Alam Impian, yang dihormati guru-guru dan ibu bapa yang hadir, serta rakan seperjuangan yang saya kasihi. Kempen masyarakat penyayang merupakan inisiatif pihak sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan yang mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni di seluruh negara setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen ini bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang budi bahasa budaya kita, tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam sanubari kita. Oleh hal yang demikian, kita haruslah memiliki budi pekerti yang mulia dan mengamalkan nilai murni sepanjang kehidupan kita. Tanpa membuang masa, saya akan menyampaikan ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua.
Hadirin yang saya hormati,
Setiap manusia yang lahir di bumi ini akan melalui proses lahir, tua, sakit dan mati mengikut peribahasa Cina yang popular. Hal ini membuktikan bahawa jika nyawa kita dipanjangkan Tuhan, kita akan melalui kehidupan sebagai warga tua selepas berusia lebih 55 tahun. Di Malaysia, golongan warga tua ini mencatatkan 20 peratus daripada bancian penduduk kita. Pada kebiasaannya, golongan ini tidak bekerja lagi dan tinggal di rumah untuk menunggu ketibaan ajal. Walau bagaimanapun, tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang selesa pada zaman pascakemerdekaan ini. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. Oleh hal yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka harus kita hargai.
Pihak kerajaan haruslah mengiktiraf warga tua dalam usaha menyemai nilai menghormati mereka. Hal ini demikian kerana warga emas ini lebih banyak makan garam daripada kita dan mempunyai lebih banyak pengalaman hidup. Sebagai contoh, pihak kerajaan haruslah memberikan subsidi bantuan penuh kepada warga tua yang menaiki pengangkutan awam dan menggunakan perkhidmatan awam seperti hospital kerajaan. Dengan cara ini, golongan yang sudah tidak bekerja lagi akan berasa dihargai dan disanjung dalam masyarakat. Saya percaya bahawa mereka akan melalui sisa-sisa kehidupan dengan penuh bermakna.
Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memperuntukkan belanjawan untuk membina rumah kebajikan untuk warga tua yang teraniaya dan terabai oleh keluarga mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ada golongan muda yang bertopengkan muka manusia tetapi berhati binatang ini mengabaikan kebajikan warga tua demi kepentingan diri. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan haruslah menyediakan tempat berlindung kepada golongan yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga ini supaya nyawa mereka tidak diancam bahaya. Dengan usaha ini, warga tua yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara ini akan berasa dihargai dan diapresiasi. Usaha ini juga secara langsung dapat membuka minda dan membeliakkan mata rakyat tentang keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan warga tua di negara kita supaya dapat dijadikan suri teladan kepada negara maju yang lain.
Para hadirin yang budiman,
Di samping itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan kejadian anak-anak muda yang melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila mendapat wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka. Golongan yang berperwatakan ketidakberperikmanusiaan ini berpura-pura menjaga ibu bapa mereka sehingga warga tua ini mencapai usia 55 tahun. Apabila berjaya mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan melupakan ibu bapa dan hidup mewah dengan wang titik peluh ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah memperketat peraturan pengeluaran wang KWSP agar kebajikan dan masa depan warga tua dapat dilindungi.
Di samping itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan kejadian anak-anak muda yang melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila mendapat wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka. Golongan yang berperwatakan ketidakberperikmanusiaan ini berpura-pura menjaga ibu bapa mereka sehingga warga tua ini mencapai usia 55 tahun. Apabila berjaya mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan melupakan ibu bapa dan hidup mewah dengan wang titik peluh ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah memperketat peraturan pengeluaran wang KWSP agar kebajikan dan masa depan warga tua dapat dilindungi.
Apabila Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijalankan di seluruh pelosok negara, Kementerian Kebajikan Masyarakat turut menyahut seruan kerajaan dengan menampalkan poster “hormati yang tua, utamakan yang memerlukan” di dalam pengangkutan awam. Hal ini dikatakan amat penting kerana kita haruslah memberikan tempat duduk kepada golongan tua. Golongan yang tua dan lemah ini tidak berdaya untuk berdiri dalam keadaan bas atau tren yang sesak dengan penumpang bagai ikan dalam belat. Oleh sebab itu, kita sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara haruslah memberikan tempat duduk kepada mereka demi menjaga keselamatan mereka apabila menggunakan pengangkutan awam. Dengan usaha ini, kita dapat menunjukkan penghormatan dan keprihatinan kita kepada golongan yang tua.
Sebelum saya mengundurkan diri,
Saya berharap agar warga tua mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini. Hal ini dikatakan demikian kerana warga tua merupakan golongan yang banyak membanting tulang empat kerat untuk membina bangsa dan negara yang merdeka. Kejayaan golongan yang terdahulu menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada kita pada masa ini. Wahai orang muda, janganlah kita menjadi seperti ulat lupakan daun selepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan jiwa. Sebelum saya menyimpul bicara pada hari ini, dengarkanlah pantun berikut:
Bulan purnama ke pekan Kuah,
Bulan purnama ke pekan Kuah,
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harun mewangi.
Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.
Pohon sena tepi perigi,
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tidak pernah jemu.
Anak dara ke Tanjung Batu,
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.
Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;Engkau ayah, engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.
Betik muda dibuat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.
Sekian, terima kasih.
(Sumber: Cikgu TanCL)
Latihan 8 - Anak Ibarat Kain Putih, Ibu Bapalah yang Akan Mencorakkannya
Tajuk 8
"Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya". Jelaskan pendapat anda tentang ungkapan di atas.
Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Kehadiran setiap anak dalam keluarga lazimnya mewarnai kehidupan berumah tangga kerana cahaya mata merupakan harapan ibu bapa yang utama. Walau bagaimanapun, ibu bapa harus sedar bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Ungkapan ini memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah memikul tanggungjawab untuk membina generasi baharu yang lebih berkualiti sebagai pemimpin masa depan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Ibu bapa mestilah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Hal ini dikatakan penting kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa mampu menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya institusi kekeluargaan demi membina masyarakat yang berkualiti. Mengikut kajian yang dijalankan, lebih 60 peratus anak muda yang terlibat dalam gejala sosial terdiri daripada golongan yang kehausan kasih sayang ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak harus disayangi dan dijaga dengan baik supaya mereka mudah berasa bersalah dan akan berfikir demi ibu bapa sebelum melakukan perbuatan yang buruk yang akan menconteng arang di muka ibu bapa.
Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang berkualiti dapat menjamin masa depan anak-anak. Pada kebiasaannya, ibu bapa mula menghantar anak-anak ke tadika sejak umur mereka tiga tahun lagi. Ibu bapa sedar bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki apabila masuk ke menara gading, anak-anak dapat menjaga ibu bapa dan menjamin masa depan mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah mementingkan pelajaran anak-anak mereka.
Lain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai suri teladan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa haruslah menunjukkan sikap yang bermoral di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak wajar berbahasa kesat mahupun merokok di hadapan anak mereka. Secara tidak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendisiplinkan diri kerana mereka datang daripada keluarga yang baik dan keluarga yang mementingkan disiplin kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Para ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka perlu menjadi tempat anak-anak bergantung hidup. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bekerja keras memberikan kehidupan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, segala keperluan dan kelengkapan belajar haruslah disediakan oleh ibu bapa. Dengan berbuat demikian, ibu bapa sudah pun memenuhi komitmen mereka sebagai pendorong dan penggalak anak-anak mereka untuk menimba ilmu. Saya yakin bahawa anak-anak akan berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum demi tidak menghampakan ibu bapa mereka sekali gus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya.
Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan oleh ibu bapa ke dalam sanubari anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama yang kuat dalam diri seseorang anak akan memperteguh keimanan mereka untuk menghadapi dugaan hidup. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak mereka supaya anak-anak tahu membezakan yang mana batu, yang mana permata. Secara tidak langsung, mereka tidak akan menjerumuskan diri dalam kancah jenayah kerana sedar bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Dengan ini, masalah sosial dan jenayah dalam masyarakat kita akan berkurangan kerana ibu bapa telah menjadi pembimbing dan menunjukkan jalan hidup yang betul kepada anak-anak.
Konklusinya, ibu bapa haruslah memerhatikan gerak-geri anak mereka sejak kecil lagi. Saya yakin bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anak mereka tergelincir daripada landasan hidup yang betul. Oleh sebab itu, para ibu bapa haruslah digalakkan menyertai bengkel keibubapaan dan kursus yang berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak-anak menjadi modal insan yang mulia demi masa depan anak-anak mereka. Dengan perkataan lain, segala tindakan ibu bapa terhadap anak mereka bakal memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak mereka. Demikianlah kebenaran ungkapan anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.
Latihan 7 - Langkah-langkah Memupuk Amalan Berjimat cermat dalam Kalangan Masyarakat
Tajuk 7
Amalan berjimat-cermat mendatangkan pelbagai manfaat. Huraikan langkah-langkah untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.
Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga barangan.
Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu, kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.
Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin.
(Sumber: Cikgu TanCL)
(Sumber: Cikgu TanCL)
Selasa, 16 Oktober 2012
Latihan 6 - Peranan Ibu Bapa untuk Membantu Anak-anak Mencapai Kejayaan yang Cemerlang dalam Pelajaran
Tajuk 6
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada ini, kita seyogianya meneliti peranan ibu bapa kembali kerana ibu bapalah merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak mereka, justeru mereka merupakan jurutera dan pembentuk jiwa dan raga anak-anak mereka yang afdal. Pernahkah terlintas dalam benak anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran? Apakah yang akan terjadi sekiranya ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka? Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Tepuk dada tanya selera.
Anak-anak ibarat kapal yang terumbang-ambing di tengah-tengah samudera dan ibu bapalah yang merupakan nakhodanya. Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran adalah untuk membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan seperti kata pujangga "terkena percikan api apabila bergaul dengan penebuk besi, tercium bau wangi apabila bergaul dengan penjual minyak wangi". Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk mengenal pasti perbezaan antara intan dengan kaca, halal dengan haram dan juga antara syurga dengan neraka. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.
Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi." Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan “melentur buluh biarlah daripada rebungya.” Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih yang merupakan amanah Allah kepada ibu bapa. Jadi, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang.
Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anak-anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Anak-anak adalah umpama aforisme "air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Ibu bapa seyogia sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Janganlah sampai "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak dalam hati mereka. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan.
Generalisasinya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak "sebelum nasi menjadi bubur". Ibu bapa turut perlu menganggap masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka sebagai masalah sendiri. Bukankah sebaik-baik kehidupan, "cubit paha kiri, paha kanan turut terasa sakit"? Sekiranya anak-anak terjerumus ke dalam kancah masalah sosial, keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa perlu berhati-hati untuk mencorakkan masa depan anak-anak seperti aforisme "menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak", khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam pelajaran.
(Sumber: Cikgu TanCL)
Jumaat, 12 Oktober 2012
Nota 1 - Kata-kata Indah Dalam Penulisan
Kata-kata Indah Dalam Penulisan
BIL
|
KOSA KATA
|
DEFINISI
|
CONTOH
|
1.
|
Polemik
|
Perbahasan yang
dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara
|
Tema: Lumba Haram
·
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan
masyarakat.
|
2.
|
Marhaen
|
Rakyat jelata
|
Tema: Menabung
·
Golongan marhaen
tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah
negara berpendapatan tinggi.
|
3.
|
Kulawarga
|
Keluarga
|
Tema: Keluarga
Bahagia
·
Kulawarga yang harmonis
mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia.
|
4.
|
Dasawarsa
|
Dekad
|
Tema: Semangat
Kejiranan
·
Dasawarsa ini, hubungan
kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.
|
5.
|
Ikhtisar
|
Pendapat yang
ringkas mengenai sesuatu
|
Tema: Pelajar
Cemerlang
·
Pelajar perlu memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
|
6.
|
Tamsil
|
Seperti, umpama,
misal
|
Tema: Menabung
·
Tamsilnya, tabiat menabung
bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.
|
7.
|
Wasilah
|
Ikatan
|
Tema: Jasa Guru
·
Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan
guru.
|
8.
|
Nirmala
|
Suci
|
Tema: Budi Bahasa
·
Pada pagi yang nirmala
ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, “Budi Bahasa Budaya Kita”.
|
9.
|
Sakinat
|
Ketenangan
|
Tema: Keluarga
Bahagia
·
Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu
menjamin sakinat
berpanjangan.
|
10.
|
Sinergi
|
Kerjasama
|
Tema: Inap Desa
·
Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk
merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia.
|
11.
|
Uslub/Minhaj/Manhaj
|
Kaedah, cara
|
Tema: Membaca
·
Membaca merupakan uslub
berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
|
12.
|
Prakarsa
|
Inisiatif
|
Tema: Lumba Haram
·
Prakarsa perdana dalam
membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
|
13.
|
Aforisme
|
Ungkapan,
peribahasa, bidalan
|
Tema: Gejala Ponteng
Sekolah
·
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap
anak-anak bertepatan dengan aforisme,
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
|
14.
|
Sirna
|
Hilang
|
Tema: Gejala Buli
·
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.
|
15.
|
Jagatraya
|
Seluruh dunia
|
Tema: Pelancongan
·
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan
budaya dan keindahan alam.
|
16.
|
Seantero
|
Seluruh
|
Tema: Bangunan
Warisan
·
Seantero dunia akan
memandang tinggi negara Malaysia jika kita berjaya mengekalkan warisan
sejarah rakyat Malaysia.
|
17.
|
Obligasi
|
Kewajipan
|
Tema: Semangat
Patriotik
·
Sudah menjadi obligasi
setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
|
18.
|
Mayapada/Marcapada
|
Dunia moden
|
Tema: Kemalangan
Jalan Raya
·
Isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam media massa
mayapada/marcapada ini.
|
19.
|
Mapan
|
Tidak berubah,
sudah diterima umum
|
Tema: Gejala Lumba
Haram
·
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi
gejala lumba haram.
|
20.
|
Seyogia
|
Sepatutnya
|
Tema: Semangat
Patriotik
·
Seyogia golongan remaja
tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
|
21.
|
Sementelahan
|
Tambahan pula
|
Tema: Semangat
Kejiranan
·
Sementelahan, sikap tidak ambil
peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang.
|
22.
|
Mauduk
|
Pokok perbincangan
|
Tema: Rakan Sebaya
·
Mauduk syarahan yang akan
saya sampaikan ialah “Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya”.
|
23.
|
Padau
|
Layar
|
Tema: /
·
Sebelum padau
perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan
pendefinisian tajuk terlebih dahulu.
|
24.
|
Tegar
|
Tidak dapat
dilenturkan, keras
|
Tema: Merokok
·
Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar
sekolah kini menjadi perokok tegar.
|
25.
|
Kongkalikung
|
Sekongkol dalam
melakukan sesuatu yang tidak baik
|
Tema: Ponteng
Sekolah
·
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit.
|
26.
|
Menyisir
|
Mengemaskan
|
Tema: /
·
Sebelum saya menyisir
usul perbahasan dengan lebih dalam, izinkan saya mendefinisikan frasa demi
frasa terlebih dahulu.
|
27.
|
Mahmudah
|
Terpuji
|
Tema: Remaja
Berwawasan
·
Sifat mahmudah
jika diaplikasikan dalam kehidupan akan mengubah personaliti remaja agar
menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
|
28.
|
Gemulah
|
Arwah
|
Tema: Bangunan
Bersejarah
·
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan
bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.
|
29.
|
Ceritera
|
Cerita
|
Tema: Remaja
Berwawasan
·
Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak
terpengaruh dengan ceritera
palsu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.
|
30.
|
Inti pati
|
Bahagian yang
penting
|
Tema: Remaja Berwawasan
·
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami
dan dihayati oleh seantero warga Malaysia.
|
31.
|
Berijtihad
|
Memberikan tafsiran
berdasarkan peraturan tertentu.
|
Tema: Remaja
Berwawasan
·
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad apabila ditanya
tentang sesuatu isu oleh orang luar.
|
32.
|
Menghadap
|
Menghala, mengarah
|
Tema: Remaja
Berwawasan
·
Kita perlu menghadap
serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
|
33.
|
Belasungkawa
|
Ucapan takziah
|
Tema: /
·
Kami mengucapkan belasungkawa
kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka.
|
34.
|
Kendatipun
|
Meskipun
|
Tema: Menabung
·
Kendatipun pendapatan kita
sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada
pendapatan sebagai tabungan.
|
35.
|
Signifikan
|
Penting
|
Tema: Gejala Lumba
Haram
·
Langkah-langkah signifikan
perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
|
36.
|
Terampil
|
Cekap dalam
melaksanakan sesuatu
|
Tema: Remaja
Berwawasan
·
Sifat terampil
merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.
|
37.
|
Prognosis
|
Ramalan, telahan
|
Tema: Ponteng
Sekolah
·
Prognosis yang tepat dalam
menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
|
38.
|
Proklamir
|
Pengisytiharan
|
Tema: Bangunan
Bersejarah
·
Kerajaan telah menyampaikan proklamirMelaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.
|
39.
|
Tragedi
|
Peristiwa yang
menyedihkan
|
Tema: Lumba Haram
·
Menjadi suatu tragedi
apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambahkan
penularan gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.
|
40.
|
Kulawarga
|
Keluarga
|
Tema: Semangat
Kejiranan
·
Kulawarga dewan sekalian,
tajuk pidato saya pada hari ini ialah “Peranan Remaja dalam Menyemarakkan
Semangat Kejiranan”.
|
41.
|
Jalur lebar
|
Rangkaian yang
mempunyai julat yang besar
|
Tema: Teknologi
Maklumat
·
Kemudahan jalur
lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap
lapisan masyarakat.
|
42.
|
Nihilisme
|
Fahaman yang
menolak nilai
|
Tema: Gejala Sosial
Remaja
·
Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan
mereka.
|
43.
|
Mobiliti
|
Perihal mudah
bergerak dan digerakkan
|
Tema: Ponteng
Sekolah
·
Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti ke arah
kecemerlangan.
|
44.
|
Hedonisme
|
Pandangan hidup
yang mementingkan keseronokan
|
Tema: Gejala Sosial
Remaja
·
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan
mereka.
|
45.
|
Francais
|
Kebenaran oleh
pengeluar untuk memasarkan barangannya
|
Tema: Pelancongan
·
Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan
produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancongan asing.
|
46.
|
Saf
|
Baris
|
Tema: Lumba Haram
·
Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba
haram yang semakin mencengkam pada hari ini.
|
47.
|
Paradigma
|
Model yang jelas
tentang sesuatu
|
Tema: Remaja
Berwawasan
·
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu
golongan muda negara ini.
|
48.
|
Kodifikasi
|
Kegiatan menyusun
maklumat
|
Tema: Membaca
·
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca
bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
|
49.
|
Enteng
|
Ringan, mudah
|
Tema: Gejala Sosial
·
Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja “berada
di mata, bersultan di hati”.
|
50.
|
Cakna
|
Ambil berat
|
Tema: Gejala Lumba
Haram
·
Ibu bap perlu cakna
akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.
|
51.
|
Tuntas
|
Menyeluruh dan
lengkap
|
Tema: Dasar 1 Murid
1 Sukan
·
Tuntasnya, Dasar 1 Murid 1
Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah.
|
52.
|
Izhar
|
Jelas
|
Tema: OKU
·
Izharnya, golongan orang
kelainan upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
|
53.
|
Afdal
|
Lebih baik
|
Tema: Menabung
·
Prakarsa yang afdal
bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di
bank untuk anak-anak.
|
54.
|
Jerayawara
|
Pameran, ceramah
|
Tema: Gejala Lumba
Haram
·
Jerayawara secara progresif
perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba
haram.
|
55.
|
Rekayasa
|
Penerapan
unsur-unsur ilmu
|
Tema: Guru
·
Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di
dalam kelas.
|
56.
|
Egosentrik
|
Mementingkan
keperluan diri
|
Tema: Semangat
Kejiranan
·
Sikap egosentrik
yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan
semangat kejiranan.
|
57.
|
Adiwangsa
|
Bangsa mulia
|
Tema: Gejala Sosial
·
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan
menjadi adiwangsa yang
mengharumkan semangat kejiranan.
|
58.
|
Egalitarianisme
|
Fahaman bahawa
semua orang adalah sama rata
|
Tema: Perpaduan
·
Konsep 1 Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan
budaya dan bangsa.
|
59.
|
Atma
|
Jiwa
|
Tema: Gejala Sosial
Remaja
·
Sementelahan, generasi muda pada hari ini mengalami
gangguan atma sehingga
menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
|
60.
|
Bobrok
|
Rosak, binasa
|
Tema: Gejala Sosial
·
Masyarakat yang bobrok
akhlaknya akan merugikan negara.
|
61.
|
Pengitlakan
|
Membuat rumusan
|
Tema: Bangunan
Bersejarah
·
Sebagai pengitlakan,
kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk
memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
|
62.
|
Efisien
|
Berkesan
|
Tema: Pendidikan
Vokasional
·
Langkah yang efisien
mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.
|
63.
|
Gelandangan
|
Merempat
|
Tema: Menabung
·
Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih
baik.
|
64.
|
Dewasa
|
Kontemporari,
semasa
|
Tema: Membaca
·
Dewasa ini, budaya
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.
|
65.
|
Simbiosis
|
Perkaitan hidup
antara dua atau lebih organisma
|
Tema: OKU
·
Sememangnya simbiosis
antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario
masyarakat.
|
66.
|
Pidana
|
Kejahatan
|
Tema: Gejala Sosial
·
Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan
rakan-rakan.
|
67.
|
Ningrat
|
Orang mulia
|
Tema: Remaja
Berwawasan
·
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan
nama ibu bapa dan negara.
|
68.
|
Jembel
|
Miskin
|
Tema: Krisis Makanan
Antarabangsa
·
Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang
mengalami krisis makanan.
|
69.
|
Murba
|
Rakyat jelata
|
Tema: Sukan
·
Sebagai golongan murba,
kita seharusnya menyokong dasar 1 Murid 1 Sukan.
|
70.
|
Proletar
|
Kaum yang suka membunuh/membuat
kacau
|
Tema: Gejala Sosial
·
Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng
sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi
masyarakat proletar.
|
(Sumber: Cikgu TanCL)
Langgan:
Catatan (Atom)

