1. se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh: sepandai-pandai tupai.
2. ter- + kata adjektif
Contoh: terpandai
3. paling + kata adjektif
Contoh: paling pandai
4. kata adjektif + sekali
Contoh: pandai sekali
5.
a. ter- + amat + kata adjektif
Contoh: teramat pandai
b. ter- + sangat + kata adjektif
Contoh: tersangat pandai
6.
a. amat + kata adjektif + sekali
Contoh: amat pandai sekali
b. sungguh + kata adjektif + sekali
Contoh: sungguh pandai sekali
c. sangat + kata adjektif + sekali
Contoh: sangat pandai sekali
Nota tambahan:
terpandai sekali (x)
paling pandai sekali (x)
terpaling pandai (x)
paling terpandai (x)
Blog ini memaparkan pelbagai bahan tentang Bahasa Melayu Peralihan, PT3, SPM dan STPM. Semoga bahan-bahan dalam blog ini dapat meningkatkan penguasaan anda terhadap Bahasa Melayu. Majukanlah bahasa untuk negara!
Statistik Pembaca
Mengenai Saya
Memaparkan catatan dengan label Bahagian A : Tatabahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahagian A : Tatabahasa. Papar semua catatan
Sabtu, 6 Januari 2018
Awalan maha-
Soalan:
Jawapan:
Ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja jarak. Oleh itu, jawapan yang betul ialah maha tinggi.
Nota tambahan:
Ejaan bentuk terbitan maha + kata nama perlu dieja rapat. Sebagai contoh, mahaguru, mahasiswa, dan maharaja.
Jumaat, 21 Ogos 2015
Selasa, 7 Julai 2015
cakap ajuk dan cakap pindah
1a. "Apakah nama pengawai itu?" tanya Roose kepada Atikah. (cakap ajuk) (√)
1b. Roose bertanya kepada Atikah tentang nama pegawai itu. (cakap pindah) (√)
Kesilapan Umum:
1c. Roose bertanya kepada Atikah tentang apa nama pegawai itu. (cakap pindah) (X)
2a. "Di manakah tempat tinggal awak?" tanya Mega kepada Badrol. (cakap ajuk) (√)
2b. Mega bertanya kepada Badrol tentang tempat tinggalnya. (cakap pindah) (√)
Kesilapan Umum:
2c. Mega bertanya kepada Badrol di mana tempat tinggalnya. (cakap pindah) (X)
3a. "Bagaimanakah keadaan ibu awak?" tanya John kepada Jess. (cakap ajuk) (√)
3b. John bertanya kepada Jess tentang keadaan ibunya. (cakap pindah) (√)
Kesilapan Umum:
3c. John bertanya kepada Jess bagaimanakah keadaan ibunya. (cakap pindah) (X)
4a. "Bagaimanakah cara membuat kek ini?" tanya Akash kepada Jeevaloshini. (cakap ajuk) (√)
4b. Akash bertanya kepada Jeevaloshini tentang cara membuat kek itu. (cakap pindah) (√)
Kesilapan Umum:
4c. Akash bertanya kepada Jeevaloshini tentang bagaimanakah cara membuat kek itu. (cakap pindah) (X)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Sabtu, 4 Julai 2015
"Yang Dipertua", "Yang di-Pertua" dan "Yang di-Pertuan"
"Yang Dipertua" digunakan khusus untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan.
Contoh:
1. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sibu
2. Yang Dipertua Dewan Perniagaan Cina Malaysia
3. Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
"Yang di-Pertua" digunakan khusus untuk ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri.
Contoh:
1. Yang di-Pertua Dewan Negara
2. Yang di-Pertua Dewan Rakyat
3. Yang di-Pertua Dewan Negeri
"Yang di-Pertuan" digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri.
Contoh:
1. Yang di-Pertuan Agong
2. Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan)
3. Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Rabu, 24 Jun 2015
"bergantung pada" dan "bergantung kepada"
Satu daripada penggunaan kata sendi nama "pada" adalah untuk menunjukkan maksud sandaran.
Satu daripada penggunaan kata sendi nama "kepada" pula adalah untuk menunjukkan maksud sasaran.
Contoh:
1a. ...bergantung pada semangat ketabahan... (√)
1b. ...bergantung kepada semangat ketabahan... (X)
2a. ...memberikan penegasan pada bahagian itu... (√)
2b. ...memberikan penegasan kepada bahagian itu... (X)
3a. ...menumpukan perhatian pada bidang sintaksis... (√)
3b. ...menumpukan perhatian kepada bidang sintaksis... (X)
4a. ...memberikan pengkhususan pada bidang morfologi... (√)
4b. ...memberikan pengkhususan kepada bidang morfologi... (X)
5a. ...berpaut pada rotan... (√)
5b. ...berpaut kepada rotan... (X)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Rabu, 17 Jun 2015
Selasa, 16 Jun 2015
"berhemat" dan "berhemah"
berhemat = berjimat, bercermat, berhati-hati dan teliti
berhemah = mempunyai budi pekerti yang mulia
Contoh:
1a. Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji. (√)
1b. Pemandu kereta yang berhemat itu patut dipuji. (X)
2a. Ibu berhemah dalam perbelanjaan harian. (X)
2b. Ibu berhemat dalam perbelanjaan harian. (√)
3a. Ayah seorang yang berhemat dalam perancangan ekonomi keluarga. (√)
3b. Ayah seorang yang berhemah dalam perancangan ekonomi keluarga. (X)
4a. Pelajar itu berhemah tinggi dan berdisiplin di sekolah. (√)
4b. Pelajar itu berhemat tinggi dan berdisiplin di sekolah. (X)
5a. Boon Tek berhemat demi menyimpan wang. (√)
5b. Boon Tek berhemah demi menyimpan wang. (X)
6a. Pengarang itu berhemat dalam penulisan bukunya untuk mengelakkan kesilapan. (√)
6b. Pengarang itu berhemah dalam penulisan bukunya untuk mengelakkan kesilapan. (X)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
berhemah = mempunyai budi pekerti yang mulia
Contoh:
1a. Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji. (√)
1b. Pemandu kereta yang berhemat itu patut dipuji. (X)
2a. Ibu berhemah dalam perbelanjaan harian. (X)
2b. Ibu berhemat dalam perbelanjaan harian. (√)
3a. Ayah seorang yang berhemat dalam perancangan ekonomi keluarga. (√)
3b. Ayah seorang yang berhemah dalam perancangan ekonomi keluarga. (X)
4a. Pelajar itu berhemah tinggi dan berdisiplin di sekolah. (√)
4b. Pelajar itu berhemat tinggi dan berdisiplin di sekolah. (X)
5a. Boon Tek berhemat demi menyimpan wang. (√)
5b. Boon Tek berhemah demi menyimpan wang. (X)
6a. Pengarang itu berhemat dalam penulisan bukunya untuk mengelakkan kesilapan. (√)
6b. Pengarang itu berhemah dalam penulisan bukunya untuk mengelakkan kesilapan. (X)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Selasa, 9 Jun 2015
"agen" dan ejen"
agen = sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dan sebagainya)
ejen = orang yang menjalankan perniagaan untuk orang lain atau wakil dalam urusan jual beli atau dalam perdagangan atau wakil penjual
Contoh:
1a. Ayah bekerja sebagai agen hartanah di sebuah agensi hartanah. (X)
1b. Ayah bekerja sebagai ejen hartanah di sebuah agensi hartanah. (√)
2a. Flora dan fauna berfungsi sebagai ejen pendebungaan. (X)
2b. Flora dan fauna berfungsi sebagai agen pendebungaan. (√)
3a. Wanita itu agen insurans yang rajin. (X)
3b. Wanita itu ejen insurans yang rajin. (√)
4a. Asid ialah ejen kimia yang penting. (X)
4b. Asid ialah agen kimia yang penting. (√)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
"memperisteri", "memperisterikan", "mempersuami" "mempersuamikan"
"memperisteri" bermaksud menjadikan seseorang isteri (娶...为妻).
"memperisterikan" bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri (为...娶儿媳妇 / 给...娶亲).
Contoh:
1a. Encik Hamid memperisterikan seorang gadis kampung. (X)
1b. Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. (√)
2a. Pak Tua memperisteri Ali dengan gadis dari seberang. (X)
2b. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. (√)
"mempersuami" bermaksud menjadikan seseorang suami (嫁...为夫 / 嫁给)
"mempersuamikan" bermaksud memberikan suami kepada seseorang atau menjadikan seseorang bersuami (嫁女儿)
Contoh:
1a. Puteri bongsu mempersuamikan pahlawan yang gagah itu. (X)
1b. Puteri bongsu mempersuami pahlawan yang gagah itu. (√)
2a. Ibu ingin mempersuami kakak dengan lelaki dari Melaka. (X)
2b. Ibu ingin mempersuamikan kakak dengan lelaki dari Melaka. (√)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Ahad, 7 Jun 2015
Jumaat, 5 Jun 2015
"di mana" dan "di mana-mana"
"di mana" ialah kata tanya yang mantap dan hanya boleh ditulis dalam ayat tanya. Jika ingin ditulis pada awal ayat, partikel "-kah" perlu digunakan. Jika ingin ditulis pada akhir ayat, partikel "-kah" tidak perlu ditulis.
Contoh:
1a. Di mana awak tinggal? (X)
1b. Awak tinggal di manakah? (X)
1c. Di manakah anda tinggal? (√)
1d. Anda tinggal di mana? (√)
2a. Di mana guru itu mengajar? (X)
2b. Guru itu mengajar di manakah? (√)
"di mana-mana" ialah kata ganti nama tidak tentu yang hanya boleh hadir dalam ayat yang menjelaskan maksud tempat atau lokasi yang tidak tentu. Oleh sebab itu, "di mana" tidak sesuai untuk menggantikan penggunaan tempat yang tidak tentu. Hal ini demikian kerana "di mana" untuk ayat tanya sahaja.
Sebenarnya, perkataan "di mana" dalam ayat penyata banyak ditemukan dan ditulis oleh pengguna bahasa kerana mereka terpengaruh oleh bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, frasa "di mana" dalam ayat penyata harus digugurkan kerana tidak mengganggu makna sebenar ayat tersebut.
Contoh:
3a. School is place where we study. (bahasa Inggeris)
3b. Sekolah ialah tempat di mana kita belajar. (X)
3c. Sekolah ialah tempat kita belajar. (√)
4a. Keep the trophy at whichever place that you think is suitable. (bahasa Inggeris)
4b. Simpan piala itu di mana tempat yang kamu rasa sesuai. (X)
4c. Simpan piala itu di tempat yang kamu rasa sesuai. (√)
4d. Simpan piala itu di mana-mana tempat yang kamu rasa sesuai. (√)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
"bila", "apabila" dan "bila-bila"
"bila" ialah kata tanya yang berkaitan dengan waktu. Sekiranya ditulis pada awal ayat, partikel "-kah" perlu digunakan. Jika ingin ditulis pada akhir ayat, partikel "-kah" tidak perlu ditulis.
Contoh:
1a. Bila adik akan bertunang? (X)
1b. Adik akan bertunang bilakah? (X)
1c. Bilakah adik akan bertunang? (√)
1d. Adik akan bertunang bila? (√)
"apabila" ialah kata penghubung ayat yang bererti "pada ketika" atau "semasa". Satu lagi perkataan yang boleh bertukar ganti dengan perkataan "apabila" ialah "apakala".
Contoh:
2a. Ayah hanya berdiam diri bila kami menegurnya. (X)
2b. Ayah hanya berdiam diri apabila kami menegurnya. (√)
3a. Atikah duduk di hujung dewan bila majlis bermula. (X)
3b. Atikah duduk di hujung dewan apabila majlis bermula. (√)
"bila-bila" pula membawa maksud "sebarang masa" atau "masa atau waktu yang tidak ditentukan.
Contoh:
4a. Encik Ali akan masuk ke pejabat pada bila masa. (X)
4b. Encik Ali akan masuk ke pejabat pada bila-bila masa. (√)
5a. Husni akan membentangkan kertas kerjanya pada bila masa pagi nanti. (X)
5b. Husni akan membentangkan kertas kerjanya pada bila-bila masa pagi nanti. (√)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Selasa, 2 Jun 2015
Imbuhan beR-...-an
Perkataan seperti berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, iaitu perkataan yang diimbuhkan dengan apitan beR-...-an membawa maksud "perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak". Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan.
Contoh:
1a. Bendera-bendera Malaysia berkibaran di sepanjang jalan. (X)
1b. Bendera Malaysia berkibaran di sepanjang jalan. (√)
2a. Benih-benih bertaburan di tanah. (X)
2b. Benih bertaburan di tanah. (√)
3a. Burung-burung gagak berterbangan di angkasa. (X)
3b. Burung gagak berterbangan di angkasa. (√)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Isnin, 1 Jun 2015
Kesalahan Umum Ayat Aktif
Kata kerja aktif harus diikuti objek, bukan penerang objek.
Contoh:
1a. Pihak polis telah menembak mati penjenayah itu. (X)
1b. Pihak polis telah menembak penjenayah itu sehingga mati. (√)
2a. Syarifah memulangkan semula buku kepada pustakawan. (X)
2b. Syarifah memulangkan buku kepada pustakawan semula. (√)
3a. Beng Sham memulangkan kembali wang baki kepada ayah. (X)
3b. Beng Sham memulangkan wang baki kepada ayah kembali. (√)
4a. Nik Soriah mengembalikan semula ingatannya semasa berada di London. (X)
4b. Nik Soriah mengembalikan ingatannya semasa berada di London semula. (√)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Khamis, 28 Mei 2015
Rabu, 20 Mei 2015
Selasa, 19 Mei 2015
"ke kiri dan ke kanan", "ke atas dan ke bawah" dan "ke depan dan ke belakang"
Arah yang berbeza harus dibahagikan dengan kata sendi nama yang berasingan. "kiri" dan "kanan", "atas dan bawah" dan "depan dan belakang" ialah arah yang berbeza. Oleh sebab itu, kita harus menyendikan frasa tersebut dengan kata sendi untuk menjelaskan perbezaan arahnya.
Contoh:
1a. Ali berjalan dari kiri kanan pintu sekolah. (X)
1b. Ali berjalan dari kiri ke kanan pintu sekolah. (√)
2a. Ibu melihat ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. (X)
2b. Ibu melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. (√)
3a. Adik memandang ke atas dan bawah bangunan itu. (X)
3b. Adik memandang ke atas dan ke bawah bangunan itu. (√)
4a. Salleh melihat ke depan dan belakang kereta itu. (X)
4b. Salleh melihat ke depan dan ke belakang kereta itu. (√)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Jumaat, 15 Mei 2015
Rabu, 13 Mei 2015
"membaiki", "memperbaiki" dan "memperbaik"
membaiki = membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya
memperbaiki = (sastera lama) berbuat baik kepada
memperbaik = menjadikan bertambah baik (bagus, rapi dan sebagainya)
Contoh:
1a. Ali membaiki kereta yang rosak. (√)
1b. Ali memperbaiki kereta yang rosak. (X)
2a. Teoh memperbaik tulisannya yang cakar ayam. (√)
2b. Teoh membaiki tulisannya yang cakar ayam. (X)
3a. Dashmita memperbaiki orang tuanya dengan mentaati mereka. (√)
3b. Dashmita memperbaik orang tuanya dengan mentaati mereka. (X)
4a. Pihak kerajaan tempatan itu membaiki kerosakan jalan raya. (√)
4b. Pihak kerajaan tempatan itu memperbaiki kerosakan jalan raya. (X)
5a. Ayah pandai membaiki kerosakan alat elektrik. (√)
5b. Ayah pandai memperbaiki kerosakan alat elektrik. (X)
6a. Abang Zul memperbaik sistem audio keretanya di kedai aksesori. (√)
6b. Abang Zul memperbaiki sistem audio keretanya di kedai aksesori. (X)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
memperbaiki = (sastera lama) berbuat baik kepada
memperbaik = menjadikan bertambah baik (bagus, rapi dan sebagainya)
Contoh:
1a. Ali membaiki kereta yang rosak. (√)
1b. Ali memperbaiki kereta yang rosak. (X)
2a. Teoh memperbaik tulisannya yang cakar ayam. (√)
2b. Teoh membaiki tulisannya yang cakar ayam. (X)
3a. Dashmita memperbaiki orang tuanya dengan mentaati mereka. (√)
3b. Dashmita memperbaik orang tuanya dengan mentaati mereka. (X)
4a. Pihak kerajaan tempatan itu membaiki kerosakan jalan raya. (√)
4b. Pihak kerajaan tempatan itu memperbaiki kerosakan jalan raya. (X)
5a. Ayah pandai membaiki kerosakan alat elektrik. (√)
5b. Ayah pandai memperbaiki kerosakan alat elektrik. (X)
6a. Abang Zul memperbaik sistem audio keretanya di kedai aksesori. (√)
6b. Abang Zul memperbaiki sistem audio keretanya di kedai aksesori. (X)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)
Langgan:
Catatan (Atom)











































