Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Isnin, 1 Jun 2015

Kesalahan Umum Ayat Aktif

Kata kerja aktif harus diikuti objek, bukan penerang objek. 

Contoh:

1a. Pihak polis telah menembak mati penjenayah itu. (X)
1b. Pihak polis telah menembak penjenayah itu sehingga mati. (√)

2a. Syarifah memulangkan semula buku kepada pustakawan. (X)
2b. Syarifah memulangkan buku kepada pustakawan semula. (√)

3a. Beng Sham memulangkan kembali wang baki kepada ayah. (X)
3b. Beng Sham memulangkan wang baki kepada ayah kembali. (√)

4a. Nik Soriah mengembalikan semula ingatannya semasa berada di London. (X)
4b. Nik Soriah mengembalikan ingatannya semasa berada di London semula. (√)

(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)