Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Jumaat, 5 Jun 2015

"bila", "apabila" dan "bila-bila"

"bila" ialah kata tanya yang berkaitan dengan waktu. Sekiranya ditulis pada awal ayat, partikel "-kah" perlu digunakan. Jika ingin ditulis pada akhir ayat, partikel "-kah" tidak perlu ditulis. 

Contoh:

1a. Bila adik akan bertunang? (X)
1b. Adik akan bertunang bilakah(X)
1c. Bilakah adik akan bertunang? (√)
1d. Adik akan bertunang bila(√)

"apabila" ialah kata penghubung ayat yang bererti "pada ketika" atau "semasa". Satu lagi perkataan yang boleh bertukar ganti dengan perkataan "apabila" ialah "apakala".

Contoh:

2a. Ayah hanya berdiam diri bila kami menegurnya. (X)
2b. Ayah hanya berdiam diri apabila kami menegurnya. (√)

3a. Atikah duduk di hujung dewan bila majlis bermula. (X)
3b. Atikah duduk di hujung dewan apabila majlis bermula. (√)

"bila-bila" pula membawa maksud "sebarang masa" atau "masa atau waktu yang tidak ditentukan. 

Contoh:

4a. Encik Ali akan masuk ke pejabat pada bila masa. (X)
4b. Encik Ali akan masuk ke pejabat pada bila-bila masa. (√)

5a. Husni akan membentangkan kertas kerjanya pada bila masa pagi nanti. (X)
5b. Husni akan membentangkan kertas kerjanya pada bila-bila masa pagi nanti. (√)

(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)