Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Isnin, 15 Oktober 2012

Nota 1 - Menukar Ayat

Menukar Ayat:
1. Cakap ajuk kepada cakap pindah
2. Cakap pindah kepada cakap ajuk
3. Dialog kepada cakap pindah
4. Cakap pindah kepada dialog

Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan:
1. Kata Ganti Nama Diri
  • saya - dia
  • kami - mereka
  • kita - mereka
  • awak - dia
  • kalian - mereka
  • kau/engkau - dia
  • dia - dia
  • beliau - beliau
2. Kata Ganti Tempat
  • di sini - di sana
  • di situ - di sana
3. Kata Ganti Tunjuk
  • begini - begitu
  • ini - itu
4. Kata Tanya
  • mengapa - sebab
  • di mana - tempat
  • bagaimana - cara
  • berapa hari - tempoh
  • berapa ringgit - harga
  • bila - masa
5. Masa
  • sekarang - pada masa itu/pada ketika itu
  • esok - pada hari keesokannya
  • hari ini - pada hari itu
  • pagi tadi - pagi itu
  • semalam - semalamnya
6. Kata Seru
  • Cis - dengan marah
  • Amboi/Wah - dengan kagum
  • Aduh - mengerang kesakitan
  • Eh - dengan hairan
  • Oh - dengan terkejut/hairan/kecewa
  • Wahai - Menyeru
7. Kata Perintah
  • Jangan - melarang
  • Sila masuk - menjemput
  • Tolong - meminta pertolongan/bantuan
8. Kata Singkatan
  • nak - hendak
  • tak - tidak
  • mau - mahu
  • dah - sudah
9. Bahasa Arab
  • Alhamdulillah - mengucapkan kesyukuran/bersyukur
10. Unsur-unsur Slanga dan Dialek
  • Jom - mengajak
  • satsat - sebentar
  • bergebang - berbual kosong


Peringatan!!!!!
  1. Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan perbualan.
  2. Struktur ayat perlu betul dan pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar.
  3. Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan cakap pindah sekali gus.
  4. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan penggunaan kata.