Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Jumaat, 12 Oktober 2012

Praktis 8 - Peribahasa (Baharu)

Format baharu SPM:

Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.
  • bagai lebah menghimpunkan madu
  • belakang parang kalau diasah lagikan tajam
  • genggam bara api biarlah sampai jadi arang
  • di mana ada kemahuan di situ ada jalan
(Soalan sebenar kertas percubaan BM SBP 2012)

Cadangan jawapan:
     Harkamal merupakan murid tingkatan lima yang rajin berusaha dalam pelajaran kerana dia memang bersikap bagai lebah menghimpunkan madu. Sebelum ini, Harkamal lemah dalam beberapa mata pelajaran. Walau bagaimanapun, Harkamal sedar bahawa belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Oleh sebab itu, Harkamal mahu membaiki kelemahannya dalam pelajaran yang lemah sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh hal yang demikian, dia akhirnya berjaya memperbaik prestasinya sehingga mendapat 10 A+ dalam peperiksaan percubaan kerana dia mengamalkan prinsip di mana ada kemahuan di situ ada jalan

(Sumber: Cikgu TanCL)