Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Jumaat, 12 Oktober 2012

Nota 1 - Kata-kata Indah Dalam Penulisan

Kata-kata Indah Dalam Penulisan
BIL
KOSA KATA
DEFINISI
CONTOH
1.
Polemik
Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara
Tema: Lumba Haram
·        Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat.
2.
Marhaen
Rakyat jelata
Tema: Menabung
·        Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.
3.
Kulawarga
Keluarga
Tema: Keluarga Bahagia
·        Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia.
4.
Dasawarsa
Dekad
Tema: Semangat Kejiranan
·        Dasawarsa ini, hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.
5.
Ikhtisar
Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu
Tema: Pelajar Cemerlang
·        Pelajar perlu memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6.
Tamsil
Seperti, umpama, misal
Tema: Menabung
·        Tamsilnya, tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.
7.
Wasilah
Ikatan
Tema: Jasa Guru
·        Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan guru.
8.
Nirmala
Suci
Tema: Budi Bahasa
·        Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, “Budi Bahasa Budaya Kita”.
9.
Sakinat
Ketenangan
Tema: Keluarga Bahagia
·        Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinat berpanjangan.
10.
Sinergi
Kerjasama
Tema: Inap Desa
·        Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia.
11.
Uslub/Minhaj/Manhaj
Kaedah, cara
Tema: Membaca
·        Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
12.
Prakarsa
Inisiatif
Tema: Lumba Haram
·        Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
13.
Aforisme
Ungkapan, peribahasa, bidalan
Tema: Gejala Ponteng Sekolah
·        Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
14.
Sirna
Hilang
Tema: Gejala Buli
·        Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.
15.
Jagatraya
Seluruh dunia
Tema: Pelancongan
·        Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
16.
Seantero
Seluruh
Tema: Bangunan Warisan
·        Seantero dunia akan memandang tinggi negara Malaysia jika kita berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.
17.
Obligasi
Kewajipan
Tema: Semangat Patriotik
·        Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
18.
Mayapada/Marcapada
Dunia moden
Tema: Kemalangan Jalan Raya
·        Isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam media massa mayapada/marcapada ini.
19.
Mapan
Tidak berubah, sudah diterima umum
Tema: Gejala Lumba Haram
·        Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba haram.
20.
Seyogia
Sepatutnya
Tema: Semangat Patriotik
·        Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
21.
Sementelahan
Tambahan pula
Tema: Semangat Kejiranan
·        Sementelahan, sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang.
22.
Mauduk
Pokok perbincangan
Tema: Rakan Sebaya
·        Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya”.
23.
Padau
Layar
Tema: /
·        Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.
24.
Tegar
Tidak dapat dilenturkan, keras
Tema: Merokok
·        Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
25.
Kongkalikung
Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik
Tema: Ponteng Sekolah
·        Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit.
26.
Menyisir
Mengemaskan
Tema: /
·        Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izinkan saya mendefinisikan frasa demi frasa terlebih dahulu.
27.
Mahmudah
Terpuji
Tema: Remaja Berwawasan
·        Sifat mahmudah jika diaplikasikan dalam kehidupan akan mengubah personaliti remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
28.
Gemulah
Arwah
Tema: Bangunan Bersejarah
·        Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.
29.
Ceritera
Cerita
Tema: Remaja Berwawasan
·        Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.
30.
Inti pati
Bahagian yang penting
Tema: Remaja Berwawasan
·        Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seantero warga Malaysia.
31.
Berijtihad
Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu.
Tema: Remaja Berwawasan
·        Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad apabila ditanya tentang sesuatu isu oleh orang luar.
32.
Menghadap
Menghala, mengarah
Tema: Remaja Berwawasan
·        Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
33.
Belasungkawa
Ucapan takziah
Tema: /
·        Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka.
34.
Kendatipun
Meskipun
Tema: Menabung
·        Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada pendapatan sebagai tabungan.
35.
Signifikan
Penting
Tema: Gejala Lumba Haram
·        Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
36.
Terampil
Cekap dalam melaksanakan sesuatu
Tema: Remaja Berwawasan
·        Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.
37.
Prognosis
Ramalan, telahan
Tema: Ponteng Sekolah
·        Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
38.
Proklamir
Pengisytiharan
Tema: Bangunan Bersejarah
·        Kerajaan telah menyampaikan proklamirMelaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.
39.
Tragedi
Peristiwa yang menyedihkan
Tema: Lumba Haram
·        Menjadi suatu tragedi apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambahkan penularan gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.
40.
Kulawarga
Keluarga
Tema: Semangat Kejiranan
·        Kulawarga dewan sekalian, tajuk pidato saya pada hari ini ialah “Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan”.
41.
Jalur lebar
Rangkaian yang mempunyai julat yang besar
Tema: Teknologi Maklumat
·        Kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
42.
Nihilisme
Fahaman yang menolak nilai
Tema: Gejala Sosial Remaja
·        Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka.
43.
Mobiliti
Perihal mudah bergerak dan digerakkan
Tema: Ponteng Sekolah
·        Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti ke arah kecemerlangan.
44.
Hedonisme
Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan
Tema: Gejala Sosial Remaja
·        Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.
45.
Francais
Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya
Tema: Pelancongan
·        Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancongan asing.
46.
Saf
Baris
Tema: Lumba Haram
·        Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam pada hari ini.
47.
Paradigma
Model yang jelas tentang sesuatu
Tema: Remaja Berwawasan
·        Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
48.
Kodifikasi
Kegiatan menyusun maklumat
Tema: Membaca
·        Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
49.
Enteng
Ringan, mudah
Tema: Gejala Sosial
·        Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja “berada di mata, bersultan di hati”.
50.
Cakna
Ambil berat
Tema: Gejala Lumba Haram
·        Ibu bap perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.
51.
Tuntas
Menyeluruh dan lengkap
Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan
·        Tuntasnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah.
52.
Izhar
Jelas
Tema: OKU
·        Izharnya, golongan orang kelainan upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
53.
Afdal
Lebih baik
Tema: Menabung
·        Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank untuk anak-anak.
54.
Jerayawara
Pameran, ceramah
Tema: Gejala Lumba Haram
·        Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.
55.
Rekayasa
Penerapan unsur-unsur ilmu
Tema: Guru
·        Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
56.
Egosentrik
Mementingkan keperluan diri
Tema: Semangat Kejiranan
·        Sikap egosentrik yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.
57.
Adiwangsa
Bangsa mulia
Tema: Gejala Sosial
·        Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan semangat kejiranan.
58.
Egalitarianisme
Fahaman bahawa semua orang adalah sama rata
Tema: Perpaduan
·        Konsep 1 Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bangsa.
59.
Atma
Jiwa
Tema: Gejala Sosial Remaja
·        Sementelahan, generasi muda pada hari ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
60.
Bobrok
Rosak, binasa
Tema: Gejala Sosial
·        Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan negara.
61.
Pengitlakan
Membuat rumusan
Tema: Bangunan Bersejarah
·        Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
62.
Efisien
Berkesan
Tema: Pendidikan Vokasional
·        Langkah yang efisien mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.
63.
Gelandangan
Merempat
Tema: Menabung
·        Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih baik.
64.
Dewasa
Kontemporari, semasa
Tema: Membaca
·        Dewasa ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.
65.
Simbiosis
Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma
Tema: OKU
·        Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.
66.
Pidana
Kejahatan
Tema: Gejala Sosial
·        Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan.
67.
Ningrat
Orang mulia
Tema: Remaja Berwawasan
·        Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.
68.
Jembel
Miskin
Tema: Krisis Makanan Antarabangsa
·        Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan.
69.
Murba
Rakyat jelata
Tema: Sukan
·        Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong dasar 1 Murid 1 Sukan.
70.
Proletar
Kaum yang suka membunuh/membuat kacau
Tema: Gejala Sosial
·        Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.



(Sumber: Cikgu TanCL)