Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Khamis, 11 Oktober 2012

Praktis 7 - Peribahasa dan Maksudnya


Peribahasa dan Maksudnya
Bil
Peribahasa
Maksud
1.
Sediakan payung sebelum hujan
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana
2.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Perantau yang pulang ke tempat asal
3.
Bagai aur dengan tebing
Hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling membantu
4.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi
5.
Rendah hati
Tidak sombong
6.
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri
7.
Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih atau kecewa
8.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
9.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
10.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu
11.
Tulang belakang
Punca kekuatan  / Orang harapan
12.
Seperti lembu dicucuk hidung
Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh
14.
Anak dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
15.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pengagihan yang sama banyak
16.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Sabar mengerjakan sesuatu, lama-lama berhasil juga
17.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
18.
Kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan
19.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran
Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula
20.
Memerah otak
Berfikir dengan bersungguh-sungguh
21.
Lintah darat
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi
22.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
23.
Tangan kosong
Hampa
24.
Terang hati
Lekas pandai
25.
Jauh perjalanan, luas pengalaman / Jauh perjalanan, luas pemandangan
Semakin jauh kita menjelajah, semakin dalam dan luas pemikiran kita
26.
Biar putih tulang jangan putih mata
Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa terancam / Lebih baik mati daripada menanggung malu
27.
Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berdakwat biar hitam / Alang-alang berminyak biar sampai licin / Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai
28.
Ukur baju di badan sendiri
Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
29.
Seperti telur di hujung tanduk
Dalam keadaan bahaya dan serba sulit
30.
Seperti mencurah air ke daun keladi
Perbuatan yang sia-sia
31.
Meninggi diri
Sombong
32.
Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka bercakap
33.
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka  / Menconteng arang ke muka sendiri / Meludah ke langit
Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberikan aib atau mencemarkan nama baik ibu bapa atau keluarga
34.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya / Bapa borek anaknya rintik / Bagaimana contoh begitulah gubahannya / Sebab buah kenalan pohonnya
Seseorang anak itu akan menurut perangai ibu bapanya / Keadaan sesuatu itu menurut asalnya
35.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga   / Air yang dicencang tidak akan putus  / Air yang ditetak tidak akan putus
Perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga
36.
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Kalah atau menang sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana juga
37.
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
Suka ikut campur dalam urusan orang lain / Menonjol-nonjolkan diri
38.
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Jika pengetahuan hanya sedikit sahaja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya