Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Selasa, 2 Oktober 2012

Praktis 3 - Jenis Ayat

Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
1. Aduh, sakit kepalaku ini! (Ayat seruan)
2. Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia. (Ayat penyata)
3. Harap hadirin bersabar seketika. (Ayat perintah)
4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul? (Ayat tanya)
5. Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa. (Ayat penyata)
6. Kampung saya bernama Kampung Aman. (Ayat penyata)
7. Biarkan sahaja mereka bermain di situ. (Ayat perintah)
8. Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali? (Ayat tanya)
9. Tahniah, anda telah memenangi pertandingan itu! (Ayat seruan)
10. Rumah agam di atas bukit itu milik siapa? (Ayat tanya)


Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
1. Cis, berani awak datang ke sini! (Ayat seruan)
2. Berapakah harga kereta itu? (Ayat tanya)
3. Jemputlah datang ke rumah saya malam ini. (Ayat perintah)
4. Bapa saya seorang pekebun sayur. (Ayat penyata)
5. Nah, ambil duit ini! (Ayat seruan)
6. Budak yang berbaju merah itu siapa? (Ayat tanya)
7. Adik bongsu saya sudah pandai berjalan. (Ayat penyata)
8. Jangan berlari di sini! (Ayat perintah)
9. Amboi, kacaknya berkaca mata hitam! (Ayat seruan)
10. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. (Ayat penyata)