- Ibu merenjis air mawar kepada pasangan pengantin baru.
- Pak Tua menyiram pokok-pokok terung yang semakin layu.
- Kakak menyimbah air ke arah abang yang cuba mengganggunya.
- Ibu merendam pakaian-pakaian kotor.
- Pak Sukun mengelap lantai yang basah itu.
- Nenek menggilap barangan tembaga itu supaya berkilat.
- Lilian sedang menjerang air.
- Ibu menyuruh adik menanak nasi.
- Biskut itu menjadi lemau kerana tidak disimpan.
- Chef Daud merebus daging sehingga empuk.
- Ikan itu timbul ke permukaan air.
- Tiap-tiap pagi Ramli suka melihat matahari terbit.
- Ikan itu timbul ke permukaan air dari semasa ke semasa untuk menyedut udara.
- Pak Agus memilin akar-akar kayu untuk dijadikan tali.
- Kakak belajar menenun kain sutera daripada nenek.
- Ibu menyulam corak bunga-bungaan pada baju kebaya adik.
- Nenek pandai mengayam tikar mengkuang.
- Datuk menyodok tanah dengan menggunakan penyodok.
- Pelayan hotel itu menatang dulang berisi minuman.
- Azlina sedang menjinjing sebuah cerek besar.
- Perempuan tua itu menjunjung bakul yang berisi padi.
- Mak Jamilah memangku anaknya yang sedang tidur.
- Ibu menjerang air sambil mengelek adik.
- Helang menyambar anak ayam peliharaan Bujei.
- Perompak itu merenggut beg dari tangannya.
- Pihak polis telah merampas semua harta pengedar dadah itu.
- Semua tiang pagar kebun datuk menjadi condong kerana dilanggar binatang liar.
- Batang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong serong.
- Ramli mendengar radio sambil menonton rancangan kartun.
- Upin dan Ipin mengintai dari celah-celah dinding bilik mereka.
Blog ini memaparkan pelbagai bahan tentang Bahasa Melayu Peralihan, PT3, SPM dan STPM. Semoga bahan-bahan dalam blog ini dapat meningkatkan penguasaan anda terhadap Bahasa Melayu. Majukanlah bahasa untuk negara!
Statistik Pembaca
Mengenai Saya
Rabu, 3 Oktober 2012
Praktis 5 - Kesalahan-kesalahan Kata yang Sentiasa Kita Lakukan
Kesalahan-kesalahan kata yang sentiasa kita lakukan: