Lemah dalam Bahasa Melayu?
Menghadapi kesukaran untuk menulis karangan?
Tidak tahu cara untuk menghuraikan isi karangan?
Tidak ada idea ketika menulis?
Jangan risau!
Karangan di bawah ini ditulis mengikut struktur khas yang boleh membimbing anda untuk menghasilkan sebuah karangan yang lebih mantap dan berstruktur. Berikanlah perhatian kepada perkataan yang telah digariskan.
Tajuk 3:
Negara kita mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Huraikan faktor-faktor yang menarik pelancong ke tempat anda.
Menghadapi kesukaran untuk menulis karangan?
Tidak tahu cara untuk menghuraikan isi karangan?
Tidak ada idea ketika menulis?
Jangan risau!
Karangan di bawah ini ditulis mengikut struktur khas yang boleh membimbing anda untuk menghasilkan sebuah karangan yang lebih mantap dan berstruktur. Berikanlah perhatian kepada perkataan yang telah digariskan.
Tajuk 3:
Negara kita mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Huraikan faktor-faktor yang menarik pelancong ke tempat anda.
Pada hari ini isu pelancongan selalu diperkatakan. Hal ini demikian kerana sejak akhir-akhir ini industri pelancongan semakin meningkat dan mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buat mulut masyarakat. Oleh itu, marilah kita membincangkan faktor-faktor untuk menarik pelancong ke tempat saya.
Sesungguhnya, faktor yang menarik pelancong ke tempat saya adalah mempunyai keindahan alam semula jadi yang terpelihara. Hal ini demikian kerana penduduk di tempat tinggal saya sentiasa menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran. Sebagai contohnya, penduduk di tempat tinggal saya tidak membuang sampah sarap ke merata-rata tempat. Jelaslah, keindahan alam semula jadi yang terpelihara menjadi faktor menarik pelancong ke tempat saya.
Tambahan pula, faktor yang menarik pelancong ke tempat saya ialah kemudahan prasarana yang lengkap dan mencukupi. Hal ini demikian kerana banyak kemudahan yang disediakan adalah terkini dan selesa. Sebagai contohnya, adanya inap desa, rumah tumpangan dan hotel. Oleh itu, kita dapat mewujudkan keadaan yang selesa kepada pelancong untuk tinggal lebih lama. Benarlah, kemudahan prasarana yang lengkap dan mencukupi menjadi faktor menarik pelancong ke tempat tinggal saya.
Selain itu, faktor yang menarik pelancong ke tempat tinggal saya ialah sikap mesra penduduk setempat. Hal ini demikian kerana pelancong akan berminat datang ke tempat saya. Sebagai contohnya, amalan tolong-menolong dan bertegur sapa telah menjadi kebiasaan penduduk di tempat tinggal saya. Oleh itu, saya dapat mewujudkan keadaan yang selamat kepada semua pelancong yang datang ke tempat tinggal saya. Tegasnya, sikap mesra penduduk setempat menjadi faktor menarik pelancong ke tempat tinggal saya.
Bukan itu sahaja, faktor yang menarik pelancong ke tempat tinggal saya ialah kos yang berpatutan. Hal ini demikian kerana pelancong akan dapat menjimatkan kewangan mereka. Sebagai contohnya, harga makanan dan kos penginapan murah berbanding tempat lain. Oleh itu, kita dapat mewujudkan masyarakat yang pandai merancang perbelanjaan. Jelaslah, kos yang berpatutan menarik pelancong ke tempat saya.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menarik pelancong masuk ke negara ini. Jika tidak, kita akan dipandang rendah oleh negara lain. Semoga kita akan dapat melahirkan negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam industri pelancongan. Namun begitu, ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.
(333 patah perkataan)
(Sumber: Modul Latihan Terancang Program Perhalus SPM 2012)