Menghadapi kesukaran untuk menulis karangan?
Tidak tahu cara untuk menghuraikan isi karangan?
Tidak ada idea ketika menulis?
Jangan risau!
Tajuk 4:
Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga.
Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Pada hari ini isu tekanan atau stres selalu diperkatakan. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah anak-anak, dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat? Oleh itu, marilah kita membincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Sesungguhnya, langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia ialah mengamalkan sikap sayang-menyayangi. Hal ini demikian kerana setiap orang memerlukan kasih sayang ahli keluarga. Sebagai contohnya, ibu bapa mengambil berat masalah anak-anak. Oleh itu, kita dapat mewujudkan keluarga yang rapat hubungannya. Jelaslah, mengamalkan sikap sayang-menyayangi merupakan langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Seterusnya, langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia adalah mewujudkan suasana rumah yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana ahli keluarga akan berasa gembira apabila berada di rumah. Sebagai contohnya, ibu bapa, kakak, abang, dan adik tidak bergaduh, dan bercakap kasar. Oleh itu, kita dapat mewujudkan keluarga yang harmoni. Benarlah, mewujudkan suasana rumah yang menyeronokkan merupakan langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dakam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Selain itu, langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia adalah mengadakan aktiviti bersama-sama. Hal ini demikian kerana ahli keluarga boleh melakukan aktiviti kekeluargaan pada masa lapang. Sebagai contohnya, melancong dan beriadah bersama-sama. Oleh itu, kita dapat mewujudkan keluarga yang rapat hubungannya. Tegasnya, mengadakan aktiviti bersama-sama merupakan langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Realitinya, langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia adalah mendekatkan diri dengan ajaran agama. Hal ini demikian kerana ajaran agama memberikan ketenangan. Sebagai contohnya, membaca al-Quran, berdoa, berzikir, dan memperbanyak solat sunat. Oleh itu, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih tenang. Jelaslah, mendekatkan diri dengan ajaran agama merupakan langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama mengatasi isu tekanan atau stres ini. Jika tidak kita akan rugi. Semoga kita akan dapat melahirkan keluarga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Namun begitu, ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.
(426 patah perkataan)
(Sumber: Modul Latihan Terancang Program Perhalus SPM 2012)