Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Sabtu, 15 Jun 2013

Praktis 12

Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 

Soalan:
  1. Kapal terbang yang membawa rombongan haji itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur. 
  2. Pegawai-pegawai penguat kuasa telah merampas berpuluh bungkus cakera padat cetak rompak dari pemilik kedai itu.
  3. Abang Syarifah menghadiahi baju berwarna laut biru kepada kawan baiknya itu. 
[6 markah]

Jawapan:
  1. Kapal terbang yang membawa jemaah/bakal haji itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
  2. Pegawai-pegawai penguat kuasa telah merampas berpuluh-puluh kotak cakera padat cetak rompak dari pemilik kedai itu.
  3. Abang Syarifah menghadiahkan baju berwarna biru laut kepada kawan baiknya itu. 
[6 markah]