Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Sabtu, 15 Jun 2013

Praktis 11

Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 

Soalan:
  1. Agenda perbincangan pada pagi ini sudah diserahkan oleh Sarah pada saya untuk diedarkan. 
  2. Projek itu dijangkakan akan sudah sepenuhnya pada tahun depan dan akan dirasmikan oleh Menteri Perdana.
  3. Semalam dia tidak betul tidur kerana diganggu oleh mimpi yang paling menakutkan sekali. 
[6 markah]

Jawapan:
  1. Agenda mesyuarat pada pagi ini sudah diserahkan oleh Sarah kepada saya untuk diedarkan. 
  2. Projek itu dijangkakan akan siap sepenuhnya pada tahun depan dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri.
  3. Semalam dia tidak lena tidur kerana diganggu oleh mimpi yang paling menakutkan/menakutkan sekali
[6 markah]