Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Sabtu, 15 Jun 2013

Praktis 10

Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 

Soalan:
  1. Jalan pintas sering diharungi oleh murid-murid yang hendak pergi sekolah pada waktu pagi.
  2. Bapa saya memeriksa semua fail-fail yang diingini oleh ketua jabatannya semalam.
  3. Kerja-kerja mencekup sotong sesuai dilakukan di waktu malam sahaja. 
[6 markah]

Jawapan:
  1. Jalan pintas sering digunakan/dilalui oleh murid-murid yang hendak pergi ke sekolah pada waktu pagi.
  2. Bapa saya memeriksa semua fail yang dikehendaki/diminta oleh ketua jabatannya semalam.
  3. Kerja-kerja mencandat sotong sesuai dilakukan pada waktu malam sahaja. 
[6 markah]