Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
Soalan:
- Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dirantau ini.
- Cita-citanya untuk memanjangkan pelajaran ke universiti belum tercapai lagi oleh kerana hidupnya yang susah itu.
- Mariamah makan goreng pisang sambil menghiris bawang dengan menggunakan parang.
[6 markah]
Jawapan:
- Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat menjadikan/meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini.
- Cita-citanya untuk melanjutkan/meneruskan/menyambung pelajaran ke universiti belum tercapai lagi oleh sebab hidupnya yang susah itu.
- Mariamah makan pisang goreng sambil menghiris bawang dengan menggunakan pisau.
[6 markah]