Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Ahad, 16 Jun 2013

Praktis 18

Gariskan istilah yang tidak tepat dalam frasa dan ayat di bawah ini dan kemudian buatkan pembetulan.

Soalan:
  1. memanjat bukit/gunung
  2. durian jatuh
  3. pemberian Tuhan
  4. Pak Mat telah mati.
  5. Tuan puteri sedang mandi.
  6. menyeberang jalan
  7. melintas sungai
  8. naik pokok
  9. kubur raja
  10. Sultan sedang tidur.
Jawapan:
  1. mendaki bukit/gunung
  2. durian gugur
  3. anugerah Tuhan
  4. Pak Mat telah meninggal dunia.
  5. Tuan puteri sedang bersiram.
  6. melintas jalan
  7. menyeberang sungai
  8. memanjat pokok
  9. makam raja
  10. Sultan sedang beradu.