Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Ahad, 16 Jun 2013

Praktis 19

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya. 

Soalan:
  1. Kakak mengibas perabut kayu jati yang tidak digunakan itu dengan sehelai tuala untuk menghilang habuk. 
  2. Langkah pehak berkuasa membuat penyerbuan yang berterusan menghapuskan kegiatan cetak rompak di negara ini.
  3. Jerubu tebal itu diselubungi kawasan sekitar kerana ada kebakaran di hutan berdekatan.
Jawapan:
  1. Kakak mengibas perabot kayu jati yang tidak digunakan itu dengan sehelai tuala untuk menghilangkan habuk.
  2. Langkah pihak berkuasa membuat serbuan yang berterusan menghapuskan kegiatan cetak rompak di negara ini.
  3. Jerebu tebal itu menyelubungi kawasan sekitar kerana ada kebakaran di hutan berdekatan.