Sewaktu dalam kapal terbang pagi tadi, saya mendapati bahawa kebanyakan penumpang memilih nasi lemak sebagai sarapan, tidak kira bangsa Melayu, Cina, India mahupun bangsa asing. Saya amat menyarankan bahawa nasi lemak seyogianya dijadikan makanan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia, terutamanya pada bulan kemerdekaan ini.
Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi orang Melayu. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa dengan tujuan menambah rasa lemaknya. Selain itu, daun pandan juga boleh dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Lazimnya, nasi lemak dihidang dengan telur, timun, kacang goreng, ikan bilis goreng, dan sambal. Namun demikian, kini nasi lemak turut dijual dengan pelbagai lauk sampingan seperti daging, ayam, sotong, udang, dan sebagainya.
Nasi lemak bukan sahaja merupakan makanan kegemaran orang Melayu, malah menjadi kegemaran orang Cina dan India. Makanan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dapat digembleng secara bersepatu sehingga menjadi satu hidangan yang tidak boleh kekurangan mana-mana bahagiannya.
Tanpa sambal, ibarat nasi lemak yang tidak berlemak.
Tanpa kacang, ibarat kereta Lamborghini yang tidak bertayar.
Tanpa ikan bilis, ibarat gula yang tidak manis.
Tanpa timun dan telur, ibarat tanah yang kering-kontang.
Tanpa lauk sampingan, ibarat ISTERI MUDA yang TIDAK BERGIGI!!