Cara-cara untuk memupuk
keluarga bahagia ialah setiap anggota keluarga seyogianya menjalankan peranan
masing-masing. Hal ini dapat memastikan sesebuah keluarga itu berfungsi.
Sebagai contoh, isteri menjaga hal ehwal rumah, manakala suami bekerja dan
anak-anak pula bersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut menjadi pendengar
yang baik kepada anak-anak. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi anak-anak
untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnya bersama-sama
menyelesaikannya. Sebagai tamsilan, sekiranya anak-anak menghadapi masalah
dalam pelajaran, ibu bapa boleh mendengar luahan anak-anak dan seterusnya mencari
jalan penyelesaian untuk membantu anak-anak.
(85
patah perkataan)