Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Selasa, 5 Ogos 2014

Ulasan 3 - Kesan Vandalisme


     Antara kesan vandalisme ialah kerosakan telefon awam. Hal ini akan menyusahkan orang ramai kerana mereka tidak dapat menggunakan telefon awam ketika kecemasan. Sebagai contoh, kebanyakan telefon awam di kawasan kediaman, sekolah atau pusat beli-belah telah dirosakkan oleh golongan yang tidak bermoral. Sesungguhnya, ibu bapa seyogianya memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini demikian kerana pendidikan agam dan moral dapat menghalang anak-anak daripada terlibat dalam gejala vandalisme. Sebagai tamsilan, pendidikan agama dan moral banyak mendidik anak-anak supaya menghargai harta benda sama ada di rumah ataupun di tempat awam.
                                                                                              (94 patah perkataan)