Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Khamis, 30 April 2015

"di dalam" dan "dalam"

"di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya. 

Contoh:
1. Ali duduk di dalam kereta.
2. Ibu berada di dalam rumah.
3. Para jemputan berada di dalam dewan. 

"dalam" digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya.

Contoh:
1. James gagal dalam peperiksaan.
2. Dr. Agas berjaya dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
3. Encik Ali berada dalam koma apabila anaknya sampai di hospital. 

Kesalahan-kesalahan Umum:

1a. di dalam kesedihan (X)
1b. dalam kesedihan (√)

2a. di dalam mimpi (X)
2b. dalam mimpi (√)

3a. dalam poket (X)
3b. di dalam poket (√)

4a. dalam bilik pengetua (X)
4b. di dalam bilik pengetua (√)

5a. dalam beg sekolah (X)
5b. di dalam beg sekolah (√)

(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)