Kesalahan-kesalahan Umum
1. Kesihatan ayah merosot dari hari ke sehari. (X)
2. Kesihatan ayah merosot dari sehari ke hari. (X)
Kesilapan seperti di atas dinamakan "kesalahan perimbangan kata". Hal ini demikian kerana penggunaan frasa "dari hari ke sehari" tidak ada perimbangan kata. Berikut merupakan jawapan yang boleh diterima:
1. Kesihatan ayah merosot dari hari ke hari. (√)
2. Kesihatan ayah merosot dari sehari ke sehari. (√)
Contoh-contoh lain:
1a. dari minggu ke seminggu (X)
1b. dari seminggu ke minggu (X)
1c. dari minggu ke minggu (√)
1d. dari seminggu ke seminggu (√)
2a. dari sehari ke hari (X)
2b. dari hari ke sehari (X)
2c. dari hari ke hari (√)
2d. dari sehari ke sehari (√)
3a. dari bulan ke sebulan (X)
3b. dari sebulan ke bulan (X)
3c. dari bulan ke bulan (√)
3d. dari sebulan ke sebulan (√)
4a. dari seabad ke abad (X)
4b. dari abad ke seabad (X)
4c. dari abad ke abad (√)
4d. dari seabad ke seabad (√)
5a. dari jam ke sejam (X)
5b. dari sejam ke jam (X)
5c. dari jam ke jam (√)
5d. dari sejam ke sejam (√)
6a. dari tahun ke setahun (X)
6b. dari setahun ke tahun (X)
6c. dari tahun ke tahun (√)
6d. dari setahun ke setahun (√)
(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)