Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Selasa, 28 April 2015

Kata nafi "bukan" dan "tidak"

Kata nafi "bukan" digunakan dalam binaan Frasa Nama (FN) dan Frasa Sendi Nama (FSN). 

Contoh:
1. Bangunan itu bukan pejabat kerajaan. (FN)
2. Orang tua itu bukan bapa saya. (FN)
3. Hadiah itu bukan untuk kami. (FSN)
4. Surat ini bukan daripada kakak saya. (FSN)

Kata nafi "tidak" digunakan dalam binaan Frasa Kerja (FK) dan Frasa Adjektif (FA). 

Contoh:
1. Bapa saya tidak tidur semalaman kerana dia menunggu kepulangan kakak. (FK)
2. Kami tidak menjemputnya untuk hadir dalam majlis itu. (FK)
3. Dia merasakan bahawa pembahagian harta pusaka bapanya tidak adil. (FA)
4. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat. (FA)

(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)