Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Isnin, 27 April 2015

Kata pemeri "ialah" dan "adalah"

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. 

Contoh:

1. Anak ialah anugerah Allah.
2. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.

Kata pemeri "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 

Contoh:

1. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta.
2. Harga kotak itu adalah mahal kerana diperbuat daripada bahan berkualiti.

Kesalahan-kesalahan umum:

1a. Hobi saya ialah menanam pokok bunga.  (X)
1b. Hobi saya adalah menanam pokok bunga. (X)
1c. Hobi saya menanam pokok bunga. (√)

2a. Lelaki itu adalah bapa saya. (X)
2b. Lelaki itu ialah bapa saya.  (√)

(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)