Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Ahad, 26 April 2015

Kata sendi "dari" dan "daripada"

Kata sendi "dari" mesti diikuti oleh arah, tempat dan masa (ATM). 

Contoh:
1. Dari utara, bas itu bertolak ke selatan.
2. Bas itu datang dari Melaka.
3. Dari semalam ibu saya muram sahaja.

Kata sendi "daripada" mesti diikuti oleh unsur keanggotaan, abstrak, banding, orang dan sumber (KABOS). 

Contoh:
1. Kumpulan penyanyi itu terdiri daripada lima orang.
2. Daripada kesedihannya, kita dapati hatinya tidak tenteram.
3. Baju ini lebih mahal daripada seluar itu.
4. Surat ini datang daripada kakak yang belajar di London.
5. Kerusi ini diperbuat daripada kayu jati.