Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Selasa, 7 Julai 2015

cakap ajuk dan cakap pindah

1a. "Apakah nama pengawai itu?" tanya Roose kepada Atikah. (cakap ajuk) (√)
1b. Roose bertanya kepada Atikah tentang nama pegawai itu. (cakap pindah) (√)
Kesilapan Umum:
1c. Roose bertanya kepada Atikah tentang apa nama pegawai itu. (cakap pindah) (X)

2a. "Di manakah tempat tinggal awak?" tanya Mega kepada Badrol. (cakap ajuk) (√)
2b. Mega bertanya kepada Badrol tentang tempat tinggalnya. (cakap pindah) (√)
Kesilapan Umum:
2c. Mega bertanya kepada Badrol di mana tempat tinggalnya. (cakap pindah) (X)

3a. "Bagaimanakah keadaan ibu awak?" tanya John kepada Jess. (cakap ajuk) (√)
3b. John bertanya kepada Jess tentang keadaan ibunya. (cakap pindah) (√)
Kesilapan Umum:
3c. John bertanya kepada Jess bagaimanakah keadaan ibunya. (cakap pindah) (X)

4a. "Bagaimanakah cara membuat kek ini?" tanya Akash kepada Jeevaloshini. (cakap ajuk) (√)
4b. Akash bertanya kepada Jeevaloshini tentang cara membuat kek itu. (cakap pindah) (√)
Kesilapan Umum:
4c. Akash bertanya kepada Jeevaloshini tentang bagaimanakah cara membuat kek itu. (cakap pindah) (X)

(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)