Statistik Pembaca

Mengenai Saya

Sabtu, 4 Julai 2015

"Yang Dipertua", "Yang di-Pertua" dan "Yang di-Pertuan"

"Yang Dipertua" digunakan khusus untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. 

Contoh:
1. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sibu
2. Yang Dipertua Dewan Perniagaan Cina Malaysia
3. Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

"Yang di-Pertua" digunakan khusus untuk ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri.

Contoh:
1. Yang di-Pertua Dewan Negara
2. Yang di-Pertua Dewan Rakyat
3. Yang di-Pertua Dewan Negeri 

"Yang di-Pertuan" digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. 

Contoh:
1. Yang di-Pertuan Agong
2. Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan)
3. Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak)

(Sumber: Info Bahasa Dr. Tan)