Soalan 1:
Negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Huraikan faktor-faktor yang menarik pelancong ke tempat anda.
Pada hari ini, isu pelancongan selalu diperkatakan. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buat mulut masyarakat? Oleh itu, marilah kita membincangkan faktor-faktor yang menarik pelancong ke tempat saya.
Sesungguhnya, faktor yang menarik pelancong ke tempat saya ialah keindahan alam semula jadi yang terpelihara. Hal ini dikatakan demikian kerana penduduk di tempat tinggal saya sentiasa menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran. Sebagai contoh, penduduk di tempat tinggal saya tidak membuang sampah sarap ke merata-rata tempat. Oleh itu, para pelancong akan gemar melancong ke tempat saya. Jelaslah, faktor yang menarik pelancong ke tempat saya ialah keindahan alam semula jadi yang terpelihara.
Sementara itu, faktor yang menarik pelancong ke tempat saya ialah kemudahan prasarana yang lengkap dan mencukupi. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan. Sebagai tamsilan, terdapat inap desa, rumah tumpangan dan hotel di tempat saya. Oleh itu, pelancong akan suka tinggal lebih lama di tempat saya. Benarlah, faktor yang menarik pelancong ke tempat saya ialah kemudahan prasarana yang lengkap dan mencukupi.
Selain itu, faktor yang menarik pelancong ke tempat saya ialah sikap murni penduduk setempat. Hal ini dikatakan demikian kerana penduduk di tempat saya selalu mengamalkan amalan mulia. Sebagai misalan, amalan tolong-menolong dan bertegur sapa telah menjadi kebiasaan penduduk di tempat saya. Oleh itu, keadaan yang selamat dapat diwujudkan kepada semua pelancong yang datang ke tempat saya. Tegasnya, faktor yang menarik pelancong ke tempat saya ialah sikap murni penduduk setempat.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menarik pelancong datang ke negara kita. Jika tidak, ekonomi negara akan merosot. Marilah kita berdoa semoga kita dapat melahirkan negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam industri pelancongan. Namun begitu, sesuatu pekerjaan yang kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri, bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.